• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS Model Terbaik Untuk Pelajar Ke Menara Gading

on 24 Ogos 2015.

PADAWAN1

pedawan2

Kota Samarahan, 24 Ogos 2015: Seramai 140 orang pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari Sekolah kebangsaan (SK) Semenggok Padawan, Kuching, berkesempatan melawat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), baru-baru ini.
Lawatan tersebut antara lain bertujuan untuk memberi suntikan kepada para pelajar tersebut supaya belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi seperti di UNIMAS.
UNIMAS sentiasa menjadi contoh kepada para pelawat dalam kalangan pihak sekolah seperti guru untuk memberi kesedaran kepada pelajar mereka tentang kepentingan melanjutkan pelajaran di menara gading sebaik tamat pelajaran di sekolah menengah.
Dalam lawatan tersebut, para pelajar telah diberi penerangan dan motivasi oleh Pegawai Psikologi UNIMAS (Unit Kaunseling dan Kebajikan Pelajar), Puan Debra Adrian selain dibawa melawat sekitar kawasan universiti ini.
Turut hadir Pegawai Piskologi UNIMAS, Puan Saptuyah Berahim dan lawatan ini diketuai oleh guru pengiring, Encik Raduan @ Reduan Jimbon.
 
 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167756

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa