• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Program Fakulti CEO tarik ratusan peserta

on 28 September 2015.

CEO1

CEO2

CEO3

 

KOTA SAMARAHAN, 28 September 2015 : Lebih dari lima ratus orang pelajar termasuk kakitangan akademik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menghadiri Program Fakulti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang telah diadakan bertempat di CTF 1, Fakulti Kejuruteraan UNIMAS, hari ini.
Program Fakulti Ketua Pegawai Eksekutif di UNIMAS telah menjemput Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Tuan Haji Azman Ismail sebagai CEO terpilih bagi memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada peserta.
Menurut Haji Azman, beliau  melihat  program itu sebagai landasan untuk berinteraksi sekaligus mengetahui input dari pelbagai pihak.
Beliau berkata, ia merupakan peluang yang baik untuk membantu pihak universiti terutama pelajar di dalam perkara berkaitan kebolehpasaran graduan terutama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.
“ Di pihak Shell sendiri, kita juga hendak mencari ruang yang baharu seperti juga di universiti-universiti lain di IPTA terutama di kalangan pelajar dan kakitangan yang merupakan pelanggan kita baik dalam pekerjaan atau perniagaan,” katanya lagi.
Beliau berkata, program ini menjadi landasan untuk menghubungkan silaturahim antara dua hala iaitu antara Shell dan warga universiti termasuk generasi baru seperti generasi Y dan generasi Z.
Sementara itu, Haji Azman telah membentangkan dua topik menarik iaitu pengurusan projek dan kewangan dan sifat kepimpinan sebagai seorang jurutera.
Secara ringkas, Program Fakulti Ketua Pegawai Eksekutif telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa/Rektor (JKTNCRA) Bil 46. 
Pelaksanaan ini adalah seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025)  yang berhasrat melahirkan graduan yang holistik dan seimbang serta membina jalinan hubungan kerjasama antara universiti dengan industri.
Program ini dilihat sebagai ruang kepada golongan CEO tempatan berkongsi pengalaman mereka bersama pelajar di dewan kuliah sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar dengan golongan profesional.
Turut hadir menyaksikan pembentangan dari CEO Haji Azman pagi tadi ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim.
Artikel oleh : Sarena Haidir
Foto oleh : Mohd Haimey Abd Razak

 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172735

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa