• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

K2M bantu tingkat kemahiran dan keyakinan pelajar

on 30 September 2015.

kimia2

Kimia1

Kota Samarahan, 30 September 2015: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diberi kepercayaan kali kedua untuk menjadi tuan rumah bagi Karnival Kimia Malaysia (K2M) 2015, Zon Sarawak yang berlangsung hari ini -di Dewan Bankuet, DeTAR PUTRA UNIMAS.
Karnival ini merupakan anjuran bersama Institut Kimia Malaysia (IKM) bersama-sama UNIMAS dan Pejabat Pendidikan Daerah Padawan (PPD) dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang.
Dalam ucapan beliau, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata kepercayaan yang diberi kepada UNIMAS atas penganjuran karnival ini membuktikan universiti ini menuju ke arah yang lebih berkualiti sekaligus membantu mengembangkan bakat pelajar-pelajar sekolah terutama pelajar sekolah luar bandar.
Beliau berkata, adalah penting buat pelajar meningkatkan kemahiran diri dalam apa juga bidang supaya apabila tamat di menara gading kelak, mereka boleh memasarkan diri dalam dunia pekerjaan dengan mudah.
“ Kerajaan sekarang ini memfokuskan keupayaan keboleh-pasaran graduan dalam pekerjaan di mana kita berharap mereka (graduan) mempunyai kemahiran tambahan lain seperti sains dan teknologi, matematik, kimia dan sebagainya,” katanya.
Oleh itu, katanya,UNIMAS sebagai contoh, adalah antara IPTA dalam negara yang diberi kepercayaan untuk memberi ilmu berguna dalam apa juga bidang seperti kejuruteraan, kimia dan lain-lain.
 “ Saya amat berbangga dengan kerjasama diberikan oleh UNIMAS dalam membantu dua orang pelajar MRSM Betong dalam penciptaan produk ‘ Recycle Plastic Powder’ sebelum ini. Ini membuktikan bahawa kita memerlukan golongan intelektual untuk membantu masyarakat dalam menyokong bakat pelajar di luar bandar,” katanya.
Manakala Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suaidi pula berkata UNIMAS menyokong sepernuhnya aktiviti seperti K2M ini sebagai usaha mendekatkan universiti ini dengan masyarakat, sekolah-sekolah dan para pelajar.
“ Program seumpama ini juga merupakan satu  landasan yang sesuai untuk para pensyarah, staf, serta pelajar pasca siswazah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pelajar-pelajar sekolah yang terlibat.
 
“ Selain itu, ia juga membantu membangkitkan kesedaran dan memupuk minat di kalangan pelajar kerana kami percaya mereka juga menyumbang kepada kekuatan UNIMAS,” ujar beliau lagi.
Pengerusi Institut Kimia Malaysia, Cawangan Sarawak, Dr. Alvin Chai Lian Kuet pula berkata K2M ini dianjurkan bagi memupuk kesedaran awam dan penghayatan terhadap kimia, menggalakkan pendidikan kimia, memberi inspirasi kepada generasi muda selain platform pelajar memaparkan inovasi dan daya cipta kimia dalam diri mereka.
“ Hari ini pelbagai program akan dijalankan termasuklah tayangan video, ceramah, pameran serta pertandingan projek sains yang melibatkan lebih daripada 400 peljar dan guru-guru sekolah daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padawan dan Samarahan serta 120 orang pelajar Tahun Satu UNIMAS,” tambah beliau lagi. 
K2M yang bertemakan ‘Chemistry for Sustainable World’ ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UNIMAS, Profesor Dr Kopli Bujang dan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Profesor Madya Dr Othman Bojo.
 
 
 
 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167754

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa