• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

BN diyakini terus tadbir Sarawak malah dapat meningkatkan undi popular cecah 60 peratus

on 28 Januari 2016.

advokasi2

 

KOTA SAMARAHAN 27 Jan. - Barisan Nasional (BN) diyakini dapat mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) berdasarkan populariti Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Jeniri Amir berkata, parti itu juga dipercayai dapat meningkatkan undi popular mencecah 60 peratus berbanding 55 peratus pada pilihan raya negeri sebelum ini.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, dalam tempoh lima tahun selepas memenangi pilihan raya kali ini, Adenan bagaimanapun perlu pantas dan bersuara lebih nyaring untuk menterjemahkan idea serta melaksanakan mandat yang diberikan.
“Rakyat Sarawak mengidamkan pembangunan luar bandar sama maju dengan bandar, semua etnik menikmati kemajuan, negeri ini dapat berdiri sama tinggi dengan Semenanjung.
“Hanya melalui pembangunan rancak dan peluang ekonomi yang luas dapat terus mengekalkan BN di Sarawak,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara (MPN) Bersama Utusan Malaysia dan Radio Te­levisyen Malaysia (RTM) yang membincangkan forum bertajuk Sudah Sejahterakah Rakyat Sarawak? di Panggung Eksperimen, Fakulti Sains Gunaan dan Kreatif, Unimas di sini hari ini.
Selain Jeniri, program itu turut menampilkan ahli panel terdiri daripada Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Dekan Fakulti Sains Sosial Unimas, Prof. Madya Dr. Neilson Illan Mersat dan pakar perlembagaan dari Universiti Islam Malaysia (UIA) mewakili MPN, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, manakala Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan bertindak sebagai moderator.
Jeniri turut meramalkan pena­maan calon bagi PRN-11 akan diadakan pada 14 April ini, diikuti hari pengundian pada 29 April.
Dalam pada itu, beliau berkata, populariti Adenan bukan jaminan untuk menarik pengundi Cina walaupun beliau popular dalam kala­ngan masyarakat itu.
Katanya, pertelagahan yang berlaku dalam parti komponen iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang mewakili Barisan Nasional (BN) di kawasan pengundi Cina hanya memberi keuntungan kepada DAP.
Sementara itu, Abdul Karim dalam sidang akhbar selepas itu berkata, pemimpin SUPP dan UPP perlu segera menyelesaikan kemelut dalam parti bagi mendapat keyakinan pengundi Cina agar terus menyokong mereka.
“Saya ada ramai kawan Cina, sekolah saya dahulu pun majoriti kaum Cina dan kami masih berhubung melalui kumpulan Whats­App. Apabila ditanya, mereka (rakan Cina) sendiri kurang yakin dengan pemimpin Cina dari dua parti ini kerana mereka sendiri bertelagah.
“Mereka kata bagaimana mahu mentadbir negeri jika bergaduh sesama sendiri. Jadi, kita harap parti ini dapat menyelesaikan segera masalah untuk memenangi kawasan Cina seperti pernah berlaku sebelum ini,” katanya.
 
Sumber : Utusan Malaysia

 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3141310

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa