• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Usaha Unimas rapat jurang digital disokong

Usaha Unimas rapat jurang digital disokong

KUCHING 7 Julai - Kerajaan negeri mengalu-alukan usaha dan komitmen Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk merapatkan jurang digital luar bandar khususnya di kawasan pedalaman dalam melahirkan penduduk celik teknologi maklumat (IT) di negeri ini.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau mahu melihat Unimas melaksanakan program berterusan untuk memastikan masyarakat di luar bandar berubah dan memperoleh manfaat sepenuhnya dalam IT.

Katanya, aplikasi IT di luar bandar akan membolehkan penduduk di pedalaman meningkatkan taraf dan kualiti hidup mereka melalui agenda komunikasi teknologi maklumat (ICT).

''Saya berasa gembira untuk melihat perubahan rakyat di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman yang mula menggunakan aplikasi ICT dalam kehidupan harian mereka hasil usaha serta komitmen Unimas.

''Contohnya projek e-Bario yang telah memperoleh pengiktirafan antarabangsa dalam melakukan perubahan kepada masyarakat di pedalaman untuk berdepan dengan cabaran global," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam pada majlis Pembukaan Persidangan IT Antarabangsa Di Asia (CITA09) anjuran Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat Unimas di sini hari ini.

Abdul Taib berkata, usaha merapatkan jurang digital di negeri ini tidak harus menumpukan kepada persaingan bagi memperoleh teknologi yang lebih maju atau moden tetapi perlu memfokuskan usaha-usaha keperluan rakyat.

Beliau berharap persidangan pada hari ini akan turut melihat permasalahan serta mencari pendekatan terbaik bagaimana untuk merapatkan jurang digital kepada rakyat di kawasan pedalaman di negeri ini.

Pada masa yang sama tambahnya, dengan cabaran globalisasi dan masalah ekonomi dunia ketika ini, adalah penting rakyat di negeri ini untuk berubah kepada industri IT dalam usaha merangsang semula ekonomi masing-masing.

''Negara dan Sarawak khususnya masih kekurangan tenaga mahir dan profesional dalam bidang IT serta kejuruteraan dan kita berharap Unimas akan memainkan peranan penting bagi melahirkan tenaga manusia yang mahir menerusi aktiviti pembangunan mereka.

''Saya percaya ekonomi negara termasuk Sarawak akan berkembang baik sekiranya kita dapat melahirkan tenaga kerja berpengetahuan serta berdaya saing dalam pelbagai bidang," jelasnya.

-Utusan Online

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172735

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa