• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS Lakar Sejarah Hasilkan Gula

on 30 Oktober 2009.

UNIMAS Lakar Sejarah Hasilkan Gula

KUCHING, Khamis – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah apabila menghasilkan penemuan baru menghasilkan gula dari hampas sagu.

Dekan Pusat Pengajian Siswazah berkata, Profesor Dr Kopli Bujang berkata,  hasil penyelidikan yang dibuat mendapati, sekilogram sagu boleh menghasilkan sekilogram serbuk gula dan jika berjaya, ia membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan gula dan pencemaran alam sekitar.

“Bagaimanapun, kita masih mencari cara untuk menukar serbuk gula kepada bentuk kristal seperti yang dijual di pasaran sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perasmian Simposium Sagu ASEAN Pertama, hari ini.

Dr Kopli yang juga Pengerusi Penganjur simposium itu berkata, UNIMAS akan mengadakan perbincangan dengan sebuah kilang di Kedah yang mempunyai pengalaman menukar gula cecair kepada gula kristal.

Selain itu, katanya, UNIMAS turut mendapati hampas sagu boleh menghasilkan tiga lagi produk utama iaitu bio-etanol, bio-diesel dan asid laktik.

“Penyelidikan awal ini telah dibiayai oleh Japan Society for Promotion of Science (JSPS) dan sebagai langkah awal, satu projek perintis bagi pembinaan loji bernilai RM11.6 juta yang dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),” katanya lagi.

Beliau berkata, loji itu kini dalam proses pembinaan dan diharap dapat beroperasi bermula bulan Februari, tahun hadapan.

Dalam ucapan perasmian sebelum itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Nor berkata, UNIMAS kini memfokuskan kepada proses hidrolisis serat sagu kepada gula, menternak alga dengan efluen sagu dan penggunaan batang sagu sebagai bahan binaan.

Katanya, oleh demikian, simposium itu dilihat menjadi gelanggang kepada pengembangan penyelidikan dan mempercepat pembangunan bagi para penyelidik serata dunia.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa merangkap  Pemangku Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Fatimah Abang, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr Peter Songan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Mohd Fadzil Abd Rahman, para penyelidik dan kakitangan UNIMAS.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172568

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa