• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Penulis mampu hasil karya '1Malaysia'

on 15 Disember 2009.

MIRI 14 Dis. - Perkampungan Penulis Sarawak 2009 yang diadakan di Miri baru-baru ini merupakan wadah kepada usaha melahirdan menghasilkan penulis dan karya yang sejajar dengan semangat 1Malaysia.

Bagi Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, beliau tertarik dengan isu pembentangan kertas kerja yang menekankan aspek perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

''Perpaduan patut diangkat dalam karya sastera sambil menggunakan situasi di Sarawak yang mengandungi lebih 60 etnik suku, tetapi masih aman damai dan tiada rusuhan kaum.

''Semangat perpaduan pelbagai kaum ini sebenarnya menggambarkan jati diri terutamanya rakyat dari Sarawak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mengulas sama, Datuk Dr. Adi Badiozaman Tuah memberitahu, terdapat pelbagai kemungkinan dan cabaran yang akan dihadapi oleh para pengarang di Sarawak.

''Saya optimis bahawa ada peluang dan ruang dalam suasana berkarya di Sarawak sekarang biarpun banyak halangan dan kekangan yang menjadi ranjau di hadapan," katanya.

Berbeza pula dengan Dr. Jeniri Amir, beliau berkata, penulis perlu melihat kembali arah tuju penulisan mereka dengan memberi tumpuan lebih kepada karya yang menguntungkan, berbaloi dengan usaha pengarang siang dan malam bertarung.

''Pulangan mesti bernilai. Kalau mahu menjadi penulis, mestilah mempunyai karya dalam bentuk buku. Kalau tidak, maknanya yang menggelar dirinya penulis masih gagal," tegasnya.

Sementara itu, bagi Prof. Dr. Shahlan Mohd. Saman, menjelaskan, kepelbagaian etnik, budaya, adat resam dan bahasa mampu mencorakkan kegiatan sastera di Sarawak.

Namun katanya, belum nampak karya atau pengarang Sarawak yang dianggap berjaya berbanding dengan pencapaian pengarang dari Sabah di pelbagai peringkat yang ada.

Katanya, penulis Sarawak banyak tercicir dari Sabah apatah Semenanjung Malaysia dan mereka perlu meningkatkan usaha dengan melibatkan diri dalam pelbagai program penulisan agar tidak terus ketinggalan.

News Taken From : Utusan Malaysia Online, Tuesday, December 15th, 2009

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167572

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa