• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pameran pendidikan perubatan dapat sambutan

on 28 Disember 2009.

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Pameran Pendidikan Perubatan dan Kesihatan yang mendedahkan para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan mendapat sambutan menggalakkan.

Program sehari anjuran Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Persatuan Alumni Doktor Perubatan Fakulti Perubatan UKM itu diadakan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Ribuan pelawat terutama para pelajar mula mengunjungi pameran itu seawal pukul 9 pagi.

Walaupun kali pertama dianjurkan, ia menerima penyertaan daripada 22 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Selain UKM, peserta lain ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kolej Mahsa serta Allianze College of Medical Sciences (ACMS).

Majlis perasmian pameran tersebut disempurnakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Hadir sama, Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin; Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan UKM, Prof. Datuk Dr. Lokman Saim; serta Presiden Persatuan Alumni Doktor Perubatan UKM, Datuk Harun Ahmad.

Dalam ucapannya, Harun berkata, pameran itu menawarkan peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) memahami pengajian dan potensi bidang perubatan dan sains kesihatan.

"Setakat ini tiada pameran besar-besaran bagi lepasan SPM serta STPM mendapat pendedahan serta bimbingan khusus dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

"Taklimat kerjaya dan pameran hari ini diharap memberi pendedahan meluas serta mempromosikan bidang perubatan dan kesihatan kepada pengunjung," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata pengunjung berpuas hati dan memuji usaha murni UKM menganjurkan pameran tersebut.

Pelajar perubatan UKM, Sabrina Mokhtar, 19, berkata, pameran itu membolehkannya mendapat penjelasan mengenai fakulti perubatan di IPTA dan IPTS.

"Ramai yang tidak tahu selain untuk menjadi doktor, bidang ini ada banyak program seperti pergigian dan farmasi," katanya.

Bagi Kamilah Wafa Muhd. Sayuthi, 18, maklumat lengkap bidang kejururawatan di pameran itu menguatkan semangatnya untuk terus mendalami bidang tersebut.

"Saya memang berhasrat menjadi jururawat setelah melihat kesabaran jururawat menjaga ibu saya di hospital.

"Maklumat daripada pameran ini menguatkan tekad saya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan," katanya.

Nur Syuhada Che Shaari, 16, yang bercita-cita menjadi doktor berkata, pameran itu wajar dijadikan program tahunan kerana ia terbukti membantu memperkasakan diri bakal pelajar bidang perubatan dan sains kesihatan.

News Taken From : Utusan Malaysia Online, Monday, December 28th, 2009

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172524

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa