• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Unimas bukti kecemerlangan akademik

on 10 Februari 2010.

Oleh Dr Jeniri Amir

Dasar pintu terbuka universiti boleh dimanfaatkan untuk tingkat mutu pensyarah, pelajar

NAIB Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Dr Khairuddin Ab Hamid mempunyai jadual tugas yang sentiasa padat. Pejabatnya di kampus baru berdepan tasik buatan di Kota Samarahan sering dikunjungi pensyarah, kakitangan pengurusan dan staf sokongan.

Beliau percaya dengan dasar pintu terbuka, banyak input baru diterima, manakala program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Daripada sesi perbincangan secara formal dan tidak formal dengan staf, beliau bukan saja mengutamakan komunikasi dari atas ke bawah, malah sebaliknya.

Sejak mengambil alih jawatan sebagai Naib Canselor dua tahun lalu, suasana dan persekitaran kerja di kampus lebih rancak, ceria, dan peka dengan isu berkaitan persaingan dan kualiti.

Lelaki dari Melaka yang bertemu jodoh dengan wanita Sarawak itu, kelihatan sentiasa diburu masa, tetapi tetap bersedia memberi ruang kepada sesiapa saja yang berhasrat berjumpa dengannya di tengah-tengah kesibukannya menghadiri mesyuarat di Putrajaya dan dengan pelbagai pihak berkepentingan di luar, termasuk sektor industri.

Kesibukan, bebanan tugas serta tanggungjawab dan keinginan untuk memacu universiti berusia 17 tahun itu ke depan tidak penah melunturkan semangatnya untuk meletakkan universiti ini berdiri sama tinggi dengan universiti lain. Beliau ingin memastikan kedudukan Unimas akan terpahat kukuh di persada antarabangsa.

Membina sebuah universiti memang mudah, tetapi memacu universiti supaya cemerlang di persada antarabangsa bukannya senang. Bagi universiti membangun seperti Unimas, perancangan jitu membabitkan pelbagai program akademik dan bukan akademik, sekali gus menuntut penggemblengan usaha dan pengorbanan semua pihak, daripada Naib Canselor hingga kakitangan sokongan.

Ketika Unimas didirikan pada 1993, hanya ada lapan universiti awam di negara ini. Sebagai gedung ilmu pertama dibina sesudah cetusan Wawasan 2020, Unimas menjadi pencetus ilmu yang dinamik melalui aktiviti pengajaran-pembelajaran, kesarjanaan, penyelidikan dan penerbitan.

Dengan 21 universiti awam di negara ini dan beratus-ratus lagi kolej dan universiti swasta pada hari ini, bukan mudah untuk menarik pelajar. Pelajar mempunyai pilihan untuk memilih universiti yang terbaik dan mampu memenuhi kerjaya masa depan mereka.

Unimas sebagai universiti membangun sedar akan hakikat ini dan sentiasa meletakkan kualiti, kepentingan dan kebajikan pelajar sebagai keutamaannya. Universiti ini tidak boleh gagal dalam misinya untuk menjadi tempat pelajar kita melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang ditawarkan. Modal insan yang dilahirkan dari universiti ini perlu berkualiti tinggi dan sesuai keperluan masa depan negara.

Kedudukannya di Sarawak adalah satu daya tarikan kepada pelajar, termasuk mereka dari luar negara. Langkah konkrit dilaksanakan untuk meningkatkan jumlah pelajar antarabangsa, melalui pelbagai promosi di luar negara.

Dalam hubungan ini, kemudahan kediaman dengan menambah baik prasarana dan khidmat di tempat kediaman kepada pelajar diberi perhatian berat pihak pengurusan

Dengan sasaran 40 peratus pensyarahnya memiliki PhD pada 2012, jumlah pelajarnya pada 2015 dijangka mencecah 15,000 sebelum mencapai 20,000 menjelang 2020 berbanding sekitar 7,000 sekarang. Caranya, termasuk melalui program kerjasama dengan negara terpilih dari China, Kemboja, Vietnam dan Afrika. Program pengajian sekitar 35, kini akan ditambah menjadi 50 program menjelang 2015.

Kelebihan Unimas terletak kepada keupayaannya memastikan semua program pengajian diubah suai mengikut keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dengan menggunakan sistem dibangunkannya sendiri. Dengan itu, ia mampu memberi perkhidmatan lebih cekap, efisien dan mesra pelanggan.

Dengan penekanan sentiasa diberikan kepada usaha sama membabitkan pihak industri dan pakar dari luar negara dalam aktiviti pengajaran, penyelidikan dan penyeliaan, pelajar pasti meraih manfaat besar supaya memiliki kemahiran dan kelayakan serasi dengan tuntutan pasaran.

Bak kata Profesor Khairuddin dalam amanatnya kepada staf akademik, baru-baru ini, komitmen ke arah kecemerlangan suatu perjalanan yang amat mencabar dan ia adalah apa yang di praktik dan usahakan dalam tugasan setiap hari.

Profesor Khairuddin dan seluruh warga universiti berusaha gigih untuk memastikan dengan sistem tadbir urus yang baik, penyampaian universiti yang berkesan dan kepemimpinan pengurusan yang terbuka dan proaktif, impian itu bukan terlalu sukar digapai.

News Taken From : Berita Harian Online

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167758

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa