• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ratusan Penduduk Kampung Kini Boleh Menarik Nafas Lega Dengan Projek E-Buayan

on 07 April 2010.

PENAMPANG, 6 April (Bernama) -- Beratus-ratus penduduk kampung Buayan, satu daripada kawasan terpencil di daerah ini yang hanya boleh dikunjungi dengan berjalan kaki hampir lapan jam, kini boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memperkenalkan projek E-Buayan yang pertama seumpamanya di Sabah.

Kemudahan infrastruktur teknologi maklumat (IT) seperti komputer serta internet itu pasti akan memberi manfaat kepada penduduk Buayan yang selama ini terpisah dengan dunia luar daripada segi perhubungan IT.

Ketika melancarkan Longkod Piromutan (Alat Perhubungan) eBuayan di Kampung Buayan, di sini Selasa, Menterinya Datuk Dr Maximus Ongkili berkata pada peringkat permulaan, E-Buayan boleh dibangunkan sebagai pusat mengurus projek eko-pelancongan.

Beliau berkata perkhidmatan telefon awam yang disediakan amat berguna dalam urusan harian dan pada waktu kecemasan.

"Teknologi maklumat amat penting dalam kehidupan kita pada masa ini. Selain menjadi alat komunikasi, ia juga mampu berperanan sebagai penjana ekonomi penduduk setempat," katanya.

Maximus berkata e-Buayan dilengkapi dengan tiga unit komputer riba, tiga unit meja, pencetak, projektor, satelit VSAT dan telefon yang dijanakan dengan tenaga solar.

Beliau berharap dengan kemudahan e-Buayan ia akan memberi peluang kepada masyarakat desa memperbaiki dan menaik taraf sosio ekonomi penduduk di situ.

"Dalam usaha untuk merapatkan jurang digital ini, tentu sekali banyak cabaran yang telah dilalui oleh semua pihak yang terlibat terutama Unversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selaku penaja, rakan komuniti iaitu PACOS (Partners of Community Organisations Trust) dan Maxis sebagai rakan teknologi dalam projek ini.

"Tetapi lihatlah di sekeliling kita (di Buayan) pada hari ini, informasi kini berada di hujung jari," katanya.

Maximus berkata projek seumpama itu membuktikan komitmen kerajaan pusat untuk membantu masyarakat luar bandar di Sabah, terutama dalam pembangunan ICT yang semakin maju dan canggih, sejajar dengan aspirasi konsep 1Malaysia yang mendahulukan kepentingan rakyat.

"Anak-anak kita di kampung ini tidak lagi ketinggalan dalam mendapatkan bahan-bahan rujukan pelajaran dan perkembangan berita melalui laman-laman web media massa. Malahan kaedah-kaedah pertanian yang terkini pun dapat dipelajari melalui internet," katanya.



Extracted from BERNAMA.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172491

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa