• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Unimas lindungi ikan lumba-lumba Sarawak

on 08 April 2010.

SAMARAHAN 6 April - Mungkin ramai tidak percaya bahawa di perairan Sarawak masih terdapat ikan lumba-lumba.

Meskipun haiwan 'bijak' itu boleh dilihat di perairan negeri ini, namun tidak ramai yang berusaha melindunginya.

Kerana kurangnya kesedaran masyarakat, akhirnya mamalia yang jarang kali ditemui itu, terperangkap dalam jaring nelayan, menjadi mangsa kegelojohan manusia sendiri.

Apa tidaknya, ikan lumba-lumba ada yang dibunuh menyebabkan ia semakin sukar ditemui ataupun mamalia itu sendiri sudah 'merajuk' lantas membawa diri ke perairan negara lain.

Menyedari hakikat itu, rakyat di negeri ini patut berbangga dengan usaha kerajaan dalam melakukan kajian pemuliharaan ikan lumba-lumba di perairan Sarawak.

Antara usaha tersebut adalah Projek Ikan Lumba-Lumba Sarawak yang telah dijalankan oleh Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Projek tersebut dibiayai oleh syarikat minyak Shell dan Sarawak Forestry Corporation (SFC). Turut menyumbang ialah Ocean Park Conservation Foundation dari Hong Kong, Shell Chair Grant dan geran E-Sains daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Peka dengan kepentingan perlindungan ikan lumba-lumba, maka IBEC Unimas telah mengambil langkah memilih Kampung Sambir untuk menganjurkan bengkel kemasyarakatan Projek Ikan Lumba-Lumba Sarawak.

Biarpun projek ikan lumba- lumba baru dijalankan dalam masa 18 bulan, namun bagi (IBEC) Unimas, kempen perlindungan ke atas ikan lumba-lumba perlu diperluaskan dari semasa ke semasa.

Ini untuk memastikan haiwan terancam itu mendapat perlindungan sewajarnya daripada manusia.

Pelbagai aktiviti telah dimuatkan sepanjang sehari bengkel tersebut antaranya pembentangan mengenai projek ikan lumba-lumba di Sarawak kepada lebih 100 peserta terdiri daripada penduduk kampung dan pelajar sekolah.

Menerusi pembentangan tersebut, hadirin memperoleh maklumat asas mengenai ekologi dan biologi ikan lumba-lumba.

Para peserta bengkel turut mempelajari hal-hal berkaitan lain seperti ancaman dan kepupusan ikan lumba-lumba akibat penerokaan pesisir pantai dan pencemaran.

Dalam bengkel tersebut, murid sekolah rendah turut menyertai pertandingan melukis dan mewarna gambar ikan lumba-lumba.

Penduduk kampung yang terdiri daripada nelayan turut berkongsi pengalaman dan bertanya soalan kepada pasukan IBEC Unimas mengenai projek ikan lumba-lumba berkenaan.

Pada masa sama, nelayan di Kampung Sambir turut menyuarakan rasa tidak puas hati dan menyelar tindakan segelintir nelayan besar lain yang menangkap dan membunuh ikan lumba-lumba yang terperangkap dalam jaring mereka.

Sementara itu, Projek Ikan Lumba-Lumba Sarawak yang menelan kos operasi RM70,000 telah mendapat reaksi positif daripada banyak pihak.

Buktinya, bermula Mac lepas, dua pelajar dari Hong Kong telah ditaja oleh Ocean Park Conservation Foundation Hong Kong untuk menyertai projek tersebut selama 10 hari di negeri ini.

Dua pelajar itu terlebih dahulu berada di Unimas selama beberapa hari untuk mempelajari kajian projek dan teknik analisis data.

Mereka kemudian menyertai rondaan bot di kawasan Santubong, Salak, Bako dan Muara Tebas serta lawatan di beberapa tempat pelancongan seperti Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Kampung Budaya Sarawak.

Extracted from Utusan Malaysia Online.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172536

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa