• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

MAASA galak pelajar hargai alam sekitar

on 19 April 2010.

SAMARAHAN 13 April – Usaha menjaga alam sekitar pastinya tidak mengira pangkat, status atau kaum. Pendidikan dan kesedaran terhadap pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan di kalangan masyarakat.

Ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia menjadi penentu ke arah amalan gaya hidup mesra alam dan menggalakkan kita mencintai alam sekitar.

Menyedari hakikat itu, Kolej Allamanda, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah menganjurkan Minggu Apresiasi Alam Sekitar Allamanda (MAASA) pada 24 hingga 28 Mac lalu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Unimas, Profesor Madya Mohd. Fadzil Abdul Rahman berkata, program seperti itu dapat dijadikan medium yang sangat berkesan untuk mendedahkan penuntut tentang kepentingan menghargai alam sekitar dalam kehidupan seharian.

SEBAHAGIAN pelajar Unimas menyertai pertandingan reka cipta sempena program MAASA di Unimas, Kota Samarahan, baru-baru ini. – UNIMAS

Menurutnya, dengan jalinan idea dari semua peringkat usia, jelas menunjukkan kesungguhan Unimas sendiri dalam melaksana strategi, promosi dan pengurusan alam sekitar yang baik.

Sementara itu, sebagai sokongan terhadap program alam sekitar, Unimas turut bergelap selama satu jam sebagai tanda sokongan kepada Kempen Earth Hour 2010: Unimas Support, bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam pada 27 Mac lalu.

Kempen tersebut merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Unimas sesi 2009/2010 dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Unimas sebagai sokongan kepada kempen anjuran Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Program MAASA merupakan program tahunan Kolej Allamanda sejak dua tahun lalu dan penganjurannya dilihat menjadi titik tolak untuk percambahan minda di kalangan mahasiswa mengenai kesedaran terhadap alam sekitar.

Antara objektif MAASA adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa Unimas mengenai kepentingan menjaga alam sekitar, menghebahkan keperluan pembangunan dan teknologi hijau di Malaysia.

Menerusi penganjuran MAASA juga, penuntut diberi peluang untuk mengemukakan pandangan masing-masing ketika berpidato dan debat manakala golongan akademik dan profesional berkesempatan untuk menyampaikan idea atau hasil kajian mereka kepada penuntut Unimas.

Aktiviti lain yang diadakan sepanjang MAASA ialah gerai jualan, senamrobik, gotongroyong membersih dan mencantikkan Kolej Allamanda, pertandingan kediaman paling mesra alam, reka cipta bahan kitar semula dan sebagainya.

Extracted from Utusan Malaysia Online.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3170562

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa