• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Unimas mahu jalin kerjasama pendidikan

on 12 Mei 2010.


Khairuddin Ab. Hamid dan Xie Fugeng bertukar-tukar dokumen selepas menandatangani MoU antara Unimas dan Universiti Normal Qinghai, China di Unimas, Samarahan, Sarawak, kelmarin.

 

SAMARAHAN 11 Mei - Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) akan menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan universiti luar negara menerusi memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pendidikan.

Naib Canselornya, Prof Dr. Khairuddin Ab. Hamid berkata, Unimas kini dalam perancangan untuk mengadakan kerjasama dengan Kemboja, Laos, Indonesia dan negara-negara lain.

Katanya, bagi memastikan kerjasama dapat dicapai, Unimas akan memperhebatkan perkhidmatan dan kemudahan sedia ada di universiti ketika ini.

''Untuk terus memperkasakan bidang pendidikan dan muncul sebagai universiti yang terbaik adalah penting kerjasama dijalinkan dengan universiti yang lain.

''Melalui kerjasama ini, kepakaran, penyelidikan dan idea yang boleh membantu meningkatkan lagi tahap pendidikan dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani MoU antara Unimas dan Universiti Normal Qinghai, China di Unimas di sini semalam.

Universiti Normal Qinghai diwakili oleh Presidennya Xie Fugeng dan disaksikan oleh Konsulat China di Kuching Dong Jiaping, manakala Unimas diwakili oleh Khairuddin.

Dalam pada itu, Khairuddin memberitahu, menerusi perjanjian persefahaman itu, Unimas akan mengadakan pertukaran pelajar dengan Universiti Normal Qinghai pada masa akan datang.

Ujarnya, ketika ini, seramai lapan pelajar dari China mengikuti pengajian di Unimas dalam Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Unimas.

''Kita harap melalui kerjasama yang dijalankan mampu menarik sekurang-kurangnya 50 pelajar dari China untuk mengikuti pengajian di Unimas untuk sesi pengambilan akan datang," jelas beliau.

Extracted from Utusan Malaysia Online.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3173280

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa