• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pensyarah hasilkan buku suku Sama-Bajau

on 25 Mei 2010.

SAMARAHAN 18 Mei - Kegelisahan mengenai masa depan komuniti Sama-Bajau di Asia Tenggara telah mendorong Profesor Madya Dr. Gusni Saat, seorang pensyarah di Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini untuk mencari penyebab kepada kerencatan pembangunan masyarakat tersebut.

Menerusi pengalaman selama dua tahun sejak 2005 sehingga 2007 di daerah Bone Sulawesi Selatan, Gusni telah membukukan segala bentuk fakta dan kupasan tentang komuniti itu di Asia Tenggara di dalam buku kelimanya bertajuk 'Sama-Bajau Dalam Kancah Urbanisasi-Pengalaman di Teluk Bone Sulawesi Selatan'.

Gusni yang berasal dari Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu telah menggunakan kepakaran beliau dalam bidang sosiologi dan kajian komuniti yang berteraskan disiplin sosiologi dan antropologi sebagai kaedah memahami fenomena pembangunan makro dan mikro.

Menurut Gusni, buku itu mengupas tentang masa depan komuniti Sama-Bajau.

''Perjalanan dari Kota Makassar ke Teluk Bone sukar kerana terpaksa menempuh jalan berbukit lebih tiga jam di samping masalah komunikasi semasa memulakan penyelidikan dengan masyarakat di Teluk Bone," katanya di sini baru-baru ini.

Gusni memberitahu, kajian yang mendapat kerjasama daripada Fakulti Psikologi Universitas Negeri Makasar menyasarkan impak urbanisasi ke atas mobiliti sosial komuniti, penelitian dan kaitannya dengan pembangunan pada masa sekarang.

Beliau menerangkan tindak balas komuniti Sama-Bajau Teluk Bone yang lemah ke atas proses urbanisasi mengakibatkan mereka ketinggalan dari segi fizikal dan sosio ekonomi yang didominasi oleh suku Bugis dan etnik Cina.

Menurutnya, buku tersebut turut menceritakan Sama-Bajau di Teluk Bone dari segi latar belakang sosial, penempatan, bahasa, komunikasi dengan masyarakat tempatan, politik, kekeluargaan, ekonomi dan sebagainya.

''Suku Bajau di Malaysia boleh dikatakan lebih maju kerana mereka diiktiraf sebagai kaum pribumi berbanding suku Bajau di Teluk Bone yang mengalami krisis identiti disebabkan kedudukan mereka sebagai pribumi masih lagi dipersoalkan," jelas beliau.

Gusni berkata, buku kelimanya itu merupakan sumber ilmu dalam bidang kajian masyarakat maritim dan kajian Sama-Bajau di Asia Tenggara.

Buku tersebut boleh didapati di Bahagian Penerbitan Universiti Malaysia Sarawak.

Sebelum ini beliau telah menulis empat buah buku berjudul Komuniti Samah-Bajau di Bandar (2003), Pribumi Teluk Sepanggar (2004), terjemahan buku The Songs of Salanda and Other Story of Sulu karya Harry H.Arlo Nimmo (2008) dan Suku Etnik Bajau: Urbanisasi, Perubahan dan Pembangunan (2008).

Extracted from Utusan Malaysia Online.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172615

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa