• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Sarawak perlu tenaga kreatif dan inovasi

on 26 Jun 2010.

 

Usaha itu perlu untuk membolehkan Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi

DISKUSI  ASIA PASIFIK: (dari kiri) Dr Peter, Talib dan rakan dari Jepun, George  Kimura pada sidang media di sini semalam.

DISKUSI ASIA PASIFIK: (dari kiri) Dr Peter, Talib dan rakan dari Jepun, George Kimura pada sidang media di sini semalam.

KUCHING: Menteri Muda Kementerian Pelancongan dan Warisan Datuk Talib Zulpilip berkata negeri ini amat memerlukan tenaga berkemahiran yang cerdik, kreatif dan berinovasi di dalam bidang kejuruteraan dan maklumat Teknologi Komunikasi Interaktif (ICT) bagi memacu Sarawak menjadi negeri pendapatan tinggi.

Beliau berkata bagi mencapai objektif tersebut, tenaga kerja negeri ini perlu mahir mengendalikan kepenggunaan jentera berteknologi tinggi bagi pengeluaran hasil.

Talib menjelaskan sektor pertanian, perikanan dan perhutanan masih di dalam tempoh percubaan untuk diperkenalkan dengan kepenggunaan jentera berteknologi tinggi seperti di Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.

Pada masa yang sama Sarawak mampu mengehad penggunaan tenaga buruh sekiranya banyak jentera berteknologi tinggi boleh diguna pakai dalam industri pengeluaran terbabit.

“Penduduk kita perlu lebih berpengetahuan untuk bergerak di dalam arus yang sama dengan kemodenan jentera berteknologi canggih ini.”

“Sumber alam kita bakal kehabisan suatu hari nanti, oleh yang demikian, adalah baik jika ia diolah oleh golongan bijak pandai dengan bantuan teknologi untuk menghas i lkan keluaran bermutu negara.

“Cara begini telah berjaya membantu pertumbuhan ekonomi negara seperti Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura,” katanya semalam.

Menurut Talib, kerajaan komited untuk menyalurkan sumber bagi mendidik dan melatih masyarakat bagi membentuk sebuah masyarakat berpengetahuan dan berkemahiran.

“Kita perlu melihat ia sebagai langkah drastik kerajaan untuk membantu rakyat untuk menjana pendapatan berkapasiti tinggi sebelum menjelang 2020,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menggalakkan perhubungan rangkaian seperti facebook, e-bay dan banyak lagi untuk tujuan pertukaran idea bagi setiap lapisan masyarakat.

Talib berkata ICT telah membantu pembangunan sektor pelancongan di Malaysia sejak tahun 90-an dan bertambah maju selain berharap usaha ini berterusan unutuk jaminan keutuhan ekonomi negara.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di majlis Simposium Asia Pasifik Komunikasi dan Teknologi Maklumat Ke-8 (APSITT) di sini semalam.

Simposium terbabit akan diadakan selama empat hari bermula semalam hingga 18 Jun ini dengan kehadiran seramai 120 peserta dari seluruh wilayah Asia Pasifik dan pelajar fakulti kejuteraan UNIMAS.

Menurut ahli jawatankuasa penganjur, George Kimura s impos ium ini diharap akan membuahkan idea-idea bernas daripada setiap perwakilan negara Asia Pasifik berhubungforum komunikas i dan teknologi maklumat untuk diguna pakai bagi membantu negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor UNIMAS Profesor Dr Peter Songan Teknologi Telekomunikasi Jepun, Dr Yuji Inoue serta Dekan Fakulti Kejuteraan UNIMAS, Dr Wan Hashim Wan Ibrahim.

 

Extracted from The Borneo Post.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3169484

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa