• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pameran Seni Kotemporari Dari Unimas Dipamerkan Di USM

on 24 Julai 2010.

GEORGE TOWN, 19 Julai (Bernama) -- Satu pameran Seni Kotemporari yang menghimpunkan 20 karya terbaik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) kini berlangsung di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Pengarah MGTF, Prof Madya Hasnul Jamal Saidon berkata pameran bertemakan eCITRA anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Unimas yang berlangsung dari 10 Julai hingga 7 Ogos itu bertujuan memperkukuh serta memberi penjelasan mengenai seni kotemporari di Malaysia ketika ini.

Beliau berkata pameran eCITRA itu adalah projek ketiga di bawah projek Tautan Rentas Samudera USM, UNIMAS dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dimulakan dengan pameran IQRA' dengan tema Taman Hikmah, di Unimas pada November 2009.

"Pengisian dalam pameran ini akan membantu para pengkarya dan orang ramai dalam memperjelas serta mengukuhkan seni kotemporari dalam negara," katanya kepada pemberita, di sini.

Sementara itu Pengarah projek Anuar Ayob berkata kebanyakkan karya yang dihasilkan adalah berdasarkan eksplorasi dan eksperimentasi antara seni, sains dan teknologi.

"Sebanyak 20 karya dipamerkan, yang terdiri daripada 11 karya pelajar pasca siswazah, dan sembilan karya pensyarah FSGK melibatkan program Seni Halus, Fesyen dan Tekstil, Muzik, Seni Elektronik, Seni Reka Perindustrian dan sebagainya," katanya.

Masuk ke pameran yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang itu adalah percuma, dan orang ramai yang ingin mendapat maklumat manjut mengenai boleh melayari laman web www.mgtf.usm.my atau hubungi 04-6532137/4789/3261/ 3294.

-- BERNAMA

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3170519

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa