• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Unimas mulakan langkah kajian teknologi hijau rawatan POME dan EFB

on 10 Ogos 2010.

 

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bakal menjalankan penyelidikan dan pengkomersialan bagi teknologi hijau rawatan sisa buangan kilang kelapa sawit (POME) dan sisa tangkai kelapa sawit (EFB).

Ia berikutan satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di antara Unimas dan Pansar eQo Technology Sdn Bhd dan Bellwether Agriculture Pty Ltd, Australia di sini, semalam.

Naib Canselor Unimas Profesor Dr Khairuddin Abdul Hamid dalam ucapannya berkata, MoU berkenaan membuka langkah kepada Unimas dengan kerjasama kedua-dua pihak untuk memperbaiki dan meningkatkan teknologi sedia ada dari Australia.

“Pada peringkat awalnya kami menumpukan kepada pemulihan sumber-sumber daripada sisa kelapa sawit dan teknologi ini nanti akan dilanjutkan untuk memperhalusi dan mengubah sisa pejal perbandaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani MoU yang disaksikan oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di Unimas di sini, semalam.

Tambah Khairuddin sejurus sahaja teknologi itu beroperasi ia akan membersihkan sisa bua-ngan kelapa sawit dan menjana produk baru berbentuk biogas, baja organik dan air bersih.

“Ia akan meningkatkan repu-tasi alam sekitar industri kelapa sawit kita di peringkat antarabangsa dan membuka pasaran di seluruh dunia,” ujar beliau.

Sementara itu Abang Johari yang ditemui pemberita selepas majlis MoU berkata beliau amat yakin kerajaan akan menyediakan geran yang diperlukan Unimas untuk penyelidikan berkenaan.

Di bawah MoU itu, sebuah loji perintis akan dibina di kampus di Kota Samarahan bagi memproses kira-kira 3,000 liter buangan daripada POME dan EFB setiap hari.

Pada awalnya POME dan EFB akan dibekalkan kepada kilang-kilang SALCRA di Serian atau Bau.

Loji perintis itu mengandungi Induced Blanked Reactor (IBR) yang akan melakukan kerja-kerja penghadaman (digestion) anarobik untuk bahan-bahan organik bagi menghasilkan gas metana.

Hasil penghadaman itu selanjutnya akan dirawat di Loji Rawatan Penta-Cycle (PCTP) bagi menghasilkan cecair baja dan air bersih yang dapat diguna semula oleh kilang.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pansar eQo Technology Sdn Bhd Jason Tai dan Pengarah Urusan Bellwether Agriculture Pty Ltd Christopher Davidson.

 

Extracted from The Borneo Post Online.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167554

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa