• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Penuntut IPT buat penyelidikan di Kg. Teriang Besar

on 06 Januari 2011.

MERSING 4 Jan. – Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyertai Program DiGi Deep Green Challenge of Change 2010 di Kampung Teriang Besar dekat sini baru-baru ini amat bermakna bagi mereka.

Program dua hari anjuran DiGi Telecomunication Sdn. Bhd. (DiGi) itu bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk beramah mesra dengan penduduk, malah 50 penuntut yang dibahagikan kepada 10 kumpulan berjaya menyelami dengan lebih mendalam keperluan masyarakat setempat.

Bagi seorang penuntut Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Loh Eee Yong, 22, dia dan ahli kumpulannya, MFC, memperoleh data dari pelbagai sudut membabitkan jumlah keperluan tenaga elektrik yang diperlukan di kawasan pertanian.

“Kami dibawa melawat ke ladang milik Pertubuhan Peladang Kawasan Endau (PPKE) dan akan cuba membawa hasil penyelidikan dan projek kami kepada mereka kelak.

“Itulah sebabnya kumpulan kami cuba untuk mengetengahkan idea untuk membekalkan tenaga elektrik alternatif kepada para petani di sini,” kata penuntut jurusan Kejuruteraan Mekanikal ini.

Rakannya, Fatin Nadzirah Jeman, 22, yang berasal dari Sarikei, Sarawak juga gembira kerana berpeluang bertemu masyarakat desa dan merasai sendiri keropok lekor buatan Mersing.

Dia berkata, penggunaan teknologi akan membantu petani tempatan meningkatkan produktiviti ladang mereka.

Wu Wai Hong, 23, ahli kumpulan MFC memberitahu, selain mendapatkan maklumat, dia juga berpeluang memasuki ladang kelapa sawit untuk melihat dengan lebih dekat kerja-kerja di ladang berkenaan.

“Seronok dapat mencuba dan mempelajari teknik memotong pelepah dan tandan kelapa sawit selain merasai keenakan dodol buatan pak cik Sabri di Kampung Teriang,” katanya.

Mentor kumpulan itu, Izzat Zulkifli, 24, pula berkata, idea MFC adalah penjanaan tenaga elektrik daripada tanah dan bakteria memandangkan kedudukan ladang yang terletak jauh dari kampung dan ujian yang dilakukan mendapati tanah gambut di Endau amat sesuai untuk tujuan tersebut.

Sementara itu, kumpulan Greenbuzz daripada Universiti Sains Malaysia (USM) memilih untuk membangunkan satu model perniagaan yang menjana pendapatan masyarakat luar bandar.

Seorang ahlinya, Din Hua Kui, 23, berkata, setiap ahli kumpulan bersetuju mengetengahkan idea pelan pemasaran yang ideal bagi membantu penduduk meningkatkan pendapatan bagi menampung operasi di samping membangunkan kawasan mereka.

“Bagaimanapun, masih terdapat data yang perlu dikumpulkan bagi memastikan model perniagaan kami dapat diguna pakai dan menepati objektif cabaran DiGi pada kali ini tercapai,” katanya.

Pemangku Ketua Kampung, Asri Othman, 40, pula berharap maklumat dan input diberikan dapat memberi manfaat kepada penuntut dan peluang tingkatkan pendapatan.

Extracted from Utusan Malaysia

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172524

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa