• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Santai boling Unimas - Media meriah

on 30 November 2011.

santai-boling

PARA peserta 'Santai Boling Bersama Media' anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bergambar bersama Dr. Khairuddin Ab. Hamid (tiga dari kiri) dan isterinya, Dayang Mariani Abang Zain (dua, kiri) di kampus universiti itu di Kota Samarahan, kelmarin.

KOTA SAMARAHAN 29 Nov. - Program Santai Boling Bersama Media anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berlangsung meriah apabila berjaya mengumpulkan wakil pengamal media di bandar raya ini.

Pada pertandingan yang diadakan di kampus itu di sini semalam, gandingan regu Unimas, Iyliana Abdullah dan Wagiman Kassim mengungguli tempat pertama dengan 594 jatuhan pin.

Sementara itu, Naib Canselor Unimas, Profesor Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid bersama regunya, Margaret Simeng pula memenangi tempat kedua dengan jatuhan pin sebanyak 499.

Tempat ketiga pula dimenangi peserta RTM yang diwakili Siti Aida Alek dan Tukino Mapai yang mengakhiri cabaran dengan 452 jatuhan pin.

Sementara itu, wakil Unimas, Neil Jimali dan Iyliana Abdullah memenangi hadiah individu terbaik dengan masing-masing mencatat jatuhan pin 190 dan 152.

Hadiah disampaikan oleh isteri Khairuddin, Datin Dayang Mariani Abang Zain.

Sementara itu, Khairuddin dalam ucapannya berkata, program julung kali anjuran Unit Komunikasi Korporat itu diadakan bertujuan memperkukuhkan lagi ikatan yang telah terjalin di antara kakitangan Unimas dengan pihak media di negeri Sarawak.


Extracted from utusanonline.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172735

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa