• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Unimas juara Piala Setiausaha Persekutuan

on 16 Disember 2011.


KUCHING:
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) A dan Polis Diraja Malaysia (PRDM) membuktikan kewibawaan masing-masing apabila muncul juara pada Kejohanan Futsal Piala Setiausaha Persekutuan Sarawak di sini semalam.

Unimas A muncul juara bagi kategori lelaki setelah membenam rakan sepasukan, Unimas B dengan 2-1 di final sementara PDRM pula juara kategori wanita apabila menyingkirkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 2-0 pada perlawanan akhir.

Kedua-dua pasukan membawa pulang hadiah berupa sebuah piala pusingan Piala Setiausaha Persekutuan, piala iringan dan wang tunai sebanyak RM600.

unimas-futsal

KAMI JUARA!!!: Pasukan Unimas A dan Unimas B meraikan kejayaan mereka selepas tamatnya pertandingan di Kuching semalam.

“Kami amat gembira dengan kejuaraan ini, lebih-lebih lagi kedua-dua pasukan berentap dalam perlawanan akhir,” kata pengurus pasukan Unimas, Profesor Madya Dr Hasnizam Abdul Wahid ketika ditemui Utusan Borneo selepas perlawanan.

Menurut Hasnizam, sebelum melangkah ke final, kedua-dua pasukannya menerima tentangan sengit daripada pihak lawan.

Ini terbukti, katanya, dalam saingan separuh akhir Unimas A terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan Kastam A menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 setelah terikat 2-2.

“Begitu juga pasukan Unimas B yang dikerah berusaha gigih sebelum membenam Medic dengan 2-1 dalam aksi separuh akhir,” katanya.

Hasnizam menarik perhatian kejayaan kedua-dua pasukan Unimas A dan B membolot hadiah juara dan naib juara adalah berkat kesungguhan dan semangat juang tinggi mereka. Sementara tempat ketiga dan keempat bagi kategori lelaki dimenangi oleh Medic dan Kastam A.

Bagi pasukan PDRM pula, kejayaan mereka menumpaskan LHDN 2-0 di final telah membuktikan kesungguhan dan komitmen tinggi semua pemain.

Pegawai pasukan PDRM, Yusuf Abu Samah berkata semua pemain telah beraksi dengan penuh cemerlang untuk memburu kejuaraan itu.

“Kami gembira dengan kejayaan merangkul juara futsal kali ini dan berazam untuk mempertahankan kejuaraan itu pada kejohanan akan datang,” katanya.

Tempat ketiga dan keempat bagi kategori wanita masing-masing disandang oleh Medic dan Bomba.

Kejohanan dua hari itu disertai oleh 48 pasukan lelaki dan wanita dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Mohamed Zahari Razali.

Extracted from theborneopost.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172536

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa