• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

501 tamatkan Minggu Aluan Pelajar Unimas

on 07 Jun 2012.

 

KOTA SAMARAHAN 5 Jun - Seramai 501 pelajar pra universiti menamatkan Minggu Aluan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Khamis lalu.

Program empat hari itu sarat dengan pelbagai aktiviti bagi menerapkan nilai keharmonian, kekeluargaan dan semangat 1Malaysia dalam kalangan siswa dan siswi.

Pengarah program, Abdul Al-Hafiz Ismail berkata, seramai 30 pensyarah juga dipilih untuk menjadi mentor kepada pelajar baru kali ini.

Katanya, pendekatan itu diambil bagi memastikan setiap pelajar berada pada landasan betul sepanjang tempoh satu tahun pengajian mereka.

"Pelajar dikehendaki sentiasa berhubung dengan mentor masing-masing sekiranya mereka mempunyai masalah dalam akademik mahupun peribadi.

"Di samping itu, ia juga membantu pelajar supaya tidak berasa terasing walaupun berjauhan dengan keluarga mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sepanjang program berlangsung, semua pelajar terbabit dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil pelbagai kaum supaya mereka saling mengenali dan berbincang mengenai hal ehwal akademik, kokurikulum dan sejarah Unimas.

Mereka turut didedahkan dengan taklimat keselamatan semasa di universiti, taklimat penggunaan perpustakaan dan perkhidmatan pengangkutan bas dalam kampus.

Sementara itu, pelajar Asasi Sains Hayat, Mohammad Shafiq Mohamad, 18, berkata, Unimas menyediakan ruang secukupnya bagi membolehkan pelajar baru memahami hubungan antara kaum yang menjadi prasyarat kejayaan negara.

"Apabila saya ditawarkan menyambung pengajian di universiti ini barulah saya menyedari negara ini mempunyai pelbagai kaum yang kaya dengan budaya dan adat masing-masing," katanya yang berasal dari Bandar Baru Bangi, Selangor.

 

sumber : Utusan online

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3169470

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa